Showing posts with label GEMPAKBOH HATI. Show all posts
Showing posts with label GEMPAKBOH HATI. Show all posts
Kenapa Lelaki Merajuk Dan Cara Nak pujuk Lelaki
Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.
1. Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.
2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.
3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.
Bagaimana nak pujuk?
Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.
1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah (baca tentang 5 Tips Dalam Berpasangan) dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.
2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.
3. Ucapkan kata-kata "manis"
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, "bucuk", "comot", "manje" dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini.
4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha…tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.
Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum
sumber : cintaimaginasi
Kenapa Awek atau Isteri Korang Merajuk???
- Lelaki tak peka akan perasaan wanita : Bukanlah suruh kau 24/7 jaga perasaan wanita,cuma kadang2 lelaki terlepas pandang tentang perasaan wanita neyh.Layan nak tak nak ja,apa salahnya kalau sekali sekala kau romantik dengan dia.
- Lelaki lupa akan tarikh2 penting : Yang neyh memang selalu jadi.Wanita memang tak pernah lupa tentang tarikh2 penting.Tapi lelaki jarang nak jumpa yang ingat.Lelaki jangan tak tau yang mengingati tarikh2 penting amat bermakna bagi seorang wanita.Jadi amatlah megguris hati bila tarikh ini dilupakan.Contohnya waek/isteri kau selalu wish masa hari lahir kau,tapi kau tak pernah wish,kalau wish pon dah lewat seminggu.Sedih kot.
- Lelaki terlalu kedekut : Yang neyh mungkin sesetengah ja.Bagi yang tengah kapel mesti dorang akan jawab macam ni.Memanglah belum pasti,tapi apa salahnya kau keluarkan sedikit duit untuk gembirakan hati wanita.Bukanlah suruh kau beli kereta,tapi cukup sekadar membeli hadiah pada hari bermakna.
- Lelaki mengkritik wanita di hadapan rakan2nya :Kau bawak awek kau jumpa kawan2 kau,lepas tuh kau cakap awek aku neyh hukan pandai masak pon,harap makan dekat luar ja lah bila kahwin nanti.Walaupon berbentuk guraun,tapi kata2 itu dah cukup memalukannya dan memmbuatkan dia merajuk.
- Lelaki menengking dan bercakap besar terhadap wanita : Ini pon satu masalah.Lelaki kalau marah dekat benda lain,mesti dekat wanita dia lepaskan kemarahan.Suka2 ja nak tengking wanita.Kadang2 tuh dekat public pon kau tengking sesuka hati.Lepas tuh cakap besar,benda tak tahu tapi still taknak ngaku.Sebab ego.
- Lelaki tidak memberi sokongan sewaktu wanita memerlukan : Contohnya yang neyh,wanita tengah sedih then dia pon call kau cakap dia sedih kena buang kerja sambil nanges2,kau pula dengan slumbernya cakap grr!Sapa tak merajuk,kalau aku pon merajuk 100hari.
- Lelaki mengutuk masakan wanita tersebut : Bila wanita tak reti masak kau kutuk2,suruh belajar memasak,tapi bila dah belajar masak tak sedap kau maki hamun.Marah sana sini wanita tuh.Dah dalam proses belajar kan,mestilah tak perfect,at least kau pujilah sikit.Suntik semangat.Kalau dah pandai pon kadang2 still tak sedap juga,janganlah kutuk.
- Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/awek dengan membandingkan dengan wanita lain : Neyh lagi satu masalah.Dah penat2 awek/isteri kau dress up puji2lah sikit.Bukanlah pujian melampau yang dipinta,cukup sekadar berkata .Kalau buruk sekali pon janganlah kau kutuk atau bandingkan dengan orang lain,tapi cakaplah secara berhemah,contohnya.
Sumber : haticikgadis
Sumber gambar : Google
Subscribe to:
Posts (Atom)
