Buah tembikai berbentuk hati




Idea yang datang dari Negara Jepun. Mereka memang tidak pernah berhenti menciptakan penemuan-penemuan baru seperti yang dilakukan oleh sepasang suami-isteri di Kumamoto, Jepun. Pasangan petani ini berhasil membuat buah tembikai berbentuk hati.


Petani tersebut melakukan berbagai cara dan percubaan untuk menyempurnakan tembikai agar berbentuk hati. Bahkan memerlukan waktu selama 3 tahun  agar mereka berhasil membentuk tembikai tersebut. Kenapa mereka ingin membuat semangka berbentuk hati? Kerana bentuk hati merupakan ungkapan kasih sayang dan bentuk tembikai ini diharapkan dapat menjadi hadiah istimewa untuk orang yang disayangi.


Pasangan petani ini tiap tahunnya hanya dapat menghasilkan 20 biji tembikai yang berbentuk hati. Biasanya mereka menanamnya sebelum hari Ibu tiba dan memasarkannya ke beberapa buah pasar raya. Harga untuk memperolehi buah tembikai berbentuk hati ini iaitu 15,750 yen atau $160. Harga yang berpatutan untuk mengungkapkan rasa cinta yang sempurna.

 


sumber :  borakkosong

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Download