Harap tiada yang menyamakan kejadian laut terbelah
dua di Korea Selatan ini dengan peristiwa Nabi Musa membelah laut.
Perkataan terbelah dengan membelah itu sahaja sudah cukup membezakan
antara kedua-kedua kejadian alam ciptaanNya.
Fenomena ajaib, laut terbelah
dua yang terjadi di Korea Selatan yang di panggil “Moses Miracle”, hanya
berlaku 2 kali setahun ketika air surut terbuka suatu alur daratan
sepanjang 2.8 kilometer dan lebar 40 meter yang menghubungkan pulau
Jindo dan Modo untuk beberapa jam lamanya. Suatu festival akan diadakan
untuk mengingatkan kejadian alam dan dihadiri pelancong-pelancong dari
segala pelusuk dunia ini.
Kejadian laut terbelah
dua ini hanya mula disedari pada tahun 1975, ketika Mr. Pierre Randi
iaitu duta besar Perancis untuk negara Korea berkunjung ke sana dan
memuatkan kejadian di dalam akabar Perancis.
P/S : Kalau tidak silap, di Malaysia pun ada kejadian yang seakan-akan laut terbelah dua ini. Betulkah?
No comments:
Post a Comment