Jam Paling Mahal Di Dunia
Alahai terkejut mendengar jam bernilai RM15 Juta,macam
mana ek boleh sampai harga macam tu. Tak terlintas di benak fikiran langsung
nilai RM15 juta boleh terletak pada jam,apa yang kita tahu harga sebegitu
mungkin nilai sebuah rumah, bangunan, mahupun harta yang bentuk fizikalnya lebih
besar.
Namun itulah realiti sebenar dunia hari ini apabila syarikat
jam terbesar di rantau ini, Swiss, melancarkan sebuah jam tangan paling mahal
di dunia pada awal tahun 2012 baru-baru ini.
Jam tangan baru Hublot dinobatkan sebagai jam paling
mahal kerana jam tersebut diperbuat daripada 140 karat mas putih serta
bertatahkan dengan lebih 1292 berlian yang dianggarkan bernilai lebih daripada
RM15 juta.Fuyoo,patut pun mahal.
Jam ini dilengkapi dengan batu berlian disetiap permukaan
jam yang memberi penampilan yang lebih mirip barang kemas halus
berbanding aksesori praktikal lain.
Menurut Syarikat Swiss, jam tersebut secara keseluruhan
diperbuat dengan tangan dan menggunakan tenaga kerja seramai 7 orang serta
mengambil masa selama 14 bulan untuk menyiapkan satu-satu jam tersebut.
Menurut Pengurus Syarikat,Jean-Claude Biver,walaupun
jam itu amat mahal namun terdapat beberapa individu telah menyatakan minat
terhadap jam tersebut dan telah pun membuat tempahan secara peribadi.
Katanya,walaupun syarikat-syarikat jam yang lain
mengalami kemelesetan namun Swiss mengambil risiko untuk menghasilkan jam yang
mahal dan cuba untuk menembusi pasaran dunia.Pada tahun 2011,Swiss Berjaya
mencatat jualan sebanyak 30 peratus dan yakin akan meningkat pada tahun ini.
sumber:MailOnline
aduyai..trademark alahai pun sapu jgk...lau nk copy semua bg la krdt kat tuan punya blog 2..kesian dia letih taip nk buat ayat semua 2..kerjasama anda amat d hargai
ReplyDeleteyela
ReplyDelete