lecturer aku cakap perempuan kalau naik jerawat mesti sebab hormon manakala (gila sastera ayat aku) lelaki pulak sebab kebersihan. okey perempuan yang ade jerawat tu gatal la ye? tapi memang ramai kot kawan kawan yang akan ade jerawat setiap kali datang pms naik la sebijik dua bertenggek atas muka. tempat pon memang strategik la dia pilih atas idung dan tengah tengah dahi. fuhh kesian kalau sujud tu memang menahan saja laa. sakit kot.
dah lama aku tak update blog pastu tiba2 rasa nak share segala tips bagai. ini saja nak buat entry yg berguna n serius sikit selain personal sebab masuk dalam mimpi aku malam tadi so aku dapat ilham laa. kih kih kih.
mari baca mana tahu boleh cuba and kot kot berkesan pada korang jugak.
1. cuci muka at least 2 kali sehari. ini sangat penting la sebab persekitaran kita kotor, asap debu kuman semua melekat kat muka tuh. if possible tengahari pon cuci ye. cuci lembut2 je jangan la tenyeh kuat2 ko ingat ko basuh baju ke? baik tonyoh berus besi je kat muka tuh. ish3 kalau kulit bermasalah guna elok gunakan cleanser khas untuk acne/oily skin. lagi baik cari yang antibacteria punya macam T3. kebanyakan orang yang ada masalah jerawat ni jenis kulit berminyak so kena pandai2 la jaga muka sendiri ya.
2. kerap tukar towel muka sekali atau dua kali seminggu. kalau rajin sangat setiap hari pon boleh la untuk korang korang yang ada mesin basuh sendiri and maid yang serve kan untuk korang. korang mesti ade tuala muka khas untuk muka saja tau. jangan guna towel yang sama nak lap muka guna kat badan dan rambut. guna asing asing sebab kulit kepala kita ni keluarkan minyak/sebum so nanti minyak tu dari lekat kat towel terus transfer melekat kat muka korang dan menambah perisa minyak kat muka tu. memang cukup rasa larh.
3. gunakan sunblock sebelum keluar rumah pada siang hari. ini memang penting sebab matahari sekarang ni macam memberontak. memancarkan sinar yang terik mghitamkan kulit. aku dulu awal2 dok melakak ni memang tak biasa dengan cuaca yang terik camni. panas tepi laut kot. dah la aku jenis tak pakai ape2 so kulit aku kena matahari direct jadi nipis, kemerahan dan macam nampak salur darah. uish seram. untuk kulit berjerawat pakai la sunblock khas untuk acne. dulu aku pakai hamilton ni doktor yang suggestkan. guna SPF lagi tinggi lagi bagus. 1 spf tahan dalam 10 minit je. jadi kalau SPF 30 lebih kurang 300 minit = 5jam. kalau pakai pukul 8 pagi hanya berkesan sampai kul 1petang je. jadi kalau rasa lama nak berpanas tu gunakan spf yang lebih tinggi.
6. guna bedak sejuk. sesekali berguna jugak produk orang dulu dulu ni. sangat bagus tau sebab boleh kurangkan minyak dan keringkan jerawat kecil. ada jugak yang cakap pakai bedak sejuk boleh memutihkan muka, menegangkan kulit dan mengurangkan bintik bintik kecil ruam pada dahi bagi yang allergy pada panas dan peluh. setahu aku orang yang kulit sensitif pon sesuai dan takde side effect bedak sejuk ni. pakai sekejap dalam 15-20 minit pon dah cukup. amalkan selalu okey.
7. jangan scrub muka berjerawat. dulu aku bila naik satu jerawat je aku cepat cepat cuci muka pakai scrub sebab tak tahu apape pasal penjagaan muka ni. scrub ni tajam dan kasar tau tak sesuai untuk kulit yang berjerawat sebab nanti dia akan terukkan lagi jerawat tu dan merebak ke tempat lain. bila apply scrub kat muka atas jerawat tu takda rasa pedih ke? grrr mungkin rasa macam kena sagat pada jalan tar. agaknye laa
8. gunakan produk yang kurang minyak. tak kira la toner, moisturizer, make up base, night cream skali pon guna yang kurang minyak tau. nak cari yang takde minyak langsung memang mustahil laa kan. jadi kalau boleh kurangkan. okey! mulai sekarang cari yang water based and say no to oily based.
9. jangan sentuh muka guna tangan. kalau sentuh pun waktu wuduk, cuci muka, nak apply krim kat muka. make sure tangan tak kotor. bawak hand sanitizer ke mana mana supaya senang sebab public toilet ni kotor nak mati. bila tangan kotor tu mula la gatai nak pegang muka kan. ish geramm. kalau nak pegang jugak muka tu lapik dengan tisu contoh macam nak lap peluh. bila naik pimple time2 tu jugak la jari ni gedik gedik nak picit jerawat yang timbul. tak pasal pasal berparut pulak nanti. kalau terdesak sangat gatal pipi ke atau terlalu degil macam saya, sila guna belakang tangan tapi bukan tapak tangan tau belakang tangan. jari lagi la tak boleh sebab kat situ lagi banyak kuman kotoran segala bagai. kalau sanggup guna kaki, silakan.
10. makan supplement vitamin C ini baik untuk kulit selain penambah tenaga harian kita. ape salahnya beli ni bukan mahal pun untuk dapatkan kulit yang cantik betul tak? jika kulit anda berjerawat jangan ambil supplement vitamin E tau nanti jerawat makin naik adalah sebab vitamin E ni oily based. mampu hilangkan parut tapi sesuai untuk orang yang sudah tiada jerawat tapi nak hilangkan parut saja. EPO evening primrose oil ini boleh ambil as supplement untuk perempuan shja ya. dose dia berbeza mengikut fungsi dia. sebiji sehari untuk tambah selera makan (nak gemuk). 2 biji sehari untuk yang bermasalah kulit. 3 biji sehari untuk stabilkan hormon (yang period kadang2 datang tapi selalu tak datang). 4 biji sehari untuk yang nak kurus. rasa macam doktor pulak(-.-") .
11. tawakal. kalau produk tu berkesan macam mana pun kita still perlu syukur pada Allah sebab Dia yang memulihkan kita. jangan cakap yang jerawat ni hilang sebab guna produk ni la pakai produk tu la. aku penah kena marah ngan mama sebab cakap yang satu krim tu miracle gila sgt effective la. pakai skejap je jerawat dah kecut tapi takleh cakap camtu. ingat yang itu semua kuasa Allah jadi jangan terlalu bergantung harap pada produk tau. niat kita pon kena baik. bila niat baik insyaallah semuanya lancar. mama suruh aku doa banyak banyak, ya Allah ya tuhanku, Engkau cantikkanlah akhlakku sebagaimana Engkau mencantikkan wajahku agar aku sentiasa hampir denganMu. amin.
Sumber Gambar : Google
Saya suka tips yg dikemukan...terima kasih Gempakboh
ReplyDelete